Thursday, March 10, 2011

Photography?







ahh.
dah dekat dua tahun tak update, lg pun bukan orang nak baca pun kan.

new hobby:photography.
sejak bila?sejak beli DSLR baru wehh, hahaa!
ada yg ckp beli camera sebab minat, tak kurang jugak sebab nak show off kan.
harap2 i'm not one of them.

nie nak tunjuk karya sikit:


cantik ke tak cantik lantak lah.
beginner la katakan.
haa, daripada merepek kosong nie baek aku share sikit benda yg berguna.
tp buat tech maniac je lahh.
iPad 2 baru di announce.bezanya dgn yg first tak byk mana.but still worth buying.
try ahh check it out:apple.com


sebelum lupa, ada satu benda je nak ingatkan.
jangan percaya semua orang tau.biarpun kita rasa macam kenal dah lama dah.sebab hati manusia nie berubah-ubah.watch out yeah esp for talam dua muka.and janganlah mengharap pada yang tak sudi,buat malu je.
i'm saying this just to remind myself too.

ada satu cerita actually nak share, ambek yang manis tinggal yang pahit,nanti kena diabetes..tp xde kaitan dengan quote di atas yehh.

Tersebutlah alkisah.ada seorang budak namanya Ahmod.Dia nie orangnya pemarah.Kejap-kejap marah.Tak kira siapa pun dia tibai je.
Satu hari tu, masa tengah makan kat dapur lepas balik dr sekolah dia membebel sambil marah-marah sorang-sorang.gila ke apa ntah.Kebetulan mak dia tgh sidai kain kat luar terdengar anakandanya pulang, dia pun masuklah.
Masuk-masuk dapur ikut pintu belakang tuhh nampaklah anak dia tgh makan sambil membebel.Mak dia dah kenal sangat dah perangai anak bongsu dia nih.memang cepat marah, sebiji macam arwah ayahnya.Takpelah, dah nama anak sabar je lah.

Mak dia pun buat-buat tanya,"Ehh Ahmod, baru balik.sorry lah ye mak tengah sidai kain kat belkang td sambil bergossip dengan tipah jongang rumah sebelah tu.tak perasan pulak Mod balik.Ahmod kenapa hari nie?balik balik dah membebel nie hah,kenapa?ceciter ceciter."

Ahmod pun citer pasal insiden dia marah kawan dia terpijak tali beg dia kat sekolah tadi.Mak dia pun cuba try tegur Ahmod,"Mod..mak nak cakap sikit nie.kau nie laen kali coba-coba lah bawak bertenang.sabar sikit.jangan cepat marah,kesian kawan Mod tau."

"Alah mak nie, dah dia pijak tali beg Mod,takkan Mod nak diam je.Dah kalau nak kesian kat kawan Mod,siapa nak kesian kat beg Mod pulak?Mak nie!"
Nah kau,Mod tengking balik mak dia.

"Tulah Mod kau nie.Mak baru je cakap sikit kau dah melenting.Mak baru tegur je Mod.Mak bukan apa, kesian kat kau jugak.nanti buatnya tak ada orang nak kawan kau,siapa lah nak comment gambar kau kat fesbuk tuhh,"maknya merintih.

Mod pun kembali tenang,sebab dah habis sepinggan nasi kan.dah kenyang.
Sambil dia nak beredar dari dapur tu,dia bersuara,"Yelah mak.Mod mintak sorry.nanti esoklah Mod mintak sorry kat kawan Mod tu pulak."

"Sorry naek lorry lah,"hati kecil mak dia berkata.Keesokan harinya lepas Mod balik dari sekolah, dia pun menuju dapur macam biasa,nak isi perut buncet dia.Mak dia baru je habis solat Zuhur terus masuk dapur pergi jenguk anak dia.
"Wassup mak.ohh mak, td kan kat sekolah Mod dah mintak sorry dah kat kawan Mod tu.dia cakap tak apa,"kata Mod sambil menyumbat empat ketul drumstick KFC dalam mulut dia.
"Ha baguslah tu.Tp kan Mod ada satu benda mak nak mintak Mod buat tau.Nanti lepas lepas nie setiap kali Mod marah sesiape Mod ketuk sebiji paku kat dinding bilik Mod tu tau.pastu setiap kali Mod dah mintak maap Mod cabut balik paku tu ehh."
Mod mengangguk je sebab tengah pelahap melapah ayam tadi tu.

Nak dijadikan cerita setelah sebulan berlalu Mod telah marah 20 orang dr pelbagai lapisan umur dan oleh itu ada 20 pakulah kat bilik dia tp dia dah mintak maap kat smua org tu so xde paku lah kat bilik dia.Satu hari tu mak Mod masuk bilik dia and then perasan yg tak ada paku dah kat dinding dia.Kebetulan Mod pun masuk bilik dia and ternampak mak dia tengah tengok dinding bilik dia tu.Mod pun cam bangga gak ahh sebab tak ada paku kat dinding dia nuhh.
"Ha mak,tengok kat dinding tu tak ada satu paku pun.terrer an Mod."
Sambil tersenyum mak dia kata,"Bagus anak mak.tp kan Mod perasan tak memang dah tak ada paku kat situ,tp yg tinggal lubang-lubang bekas paku tu.biarpun Mod dah mintak maap cam mana pun bekas tu still ada kan."

-THE END-
Pengajarannya masing-masing pikir lah ye.
(Petikan dr SOLUSI)
RM9.00 je majalah nie, tp ilmunya boleh kalahkan empayar Bill Gates,tak caye try dulu


dahlah tu merepek.Salam.






No comments:

Post a Comment

comment .
i know you're dying to do it .